November 23, 2008

Cerita insaf untukmu dan untukku

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari
Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama
para sahabat. Kemudian datang pemuda
Arab masuk kedalam masjid dengan
menangis. Apabila Rasulullah S.A.W
melihat pemuda itu menangis , maka
baginda pun berkata ,
"Wahai orang muda , kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu , "Ya
Rasulullah S.A.W , ayah saya telah
meninggal dunia dan tidak ada kain kafan
dan tidak ada orang yang hendak
memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W
memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar
r.a. ikut orang muda itu untuk melihat
masalahnya. Setelah mengikut orang itu ,
maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a.
mendapati ayah orang muda itu telah
bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka
mereka pun kembali dan memberitahu
kepada Rasulullah S.A.W , "Ya Rasulullah
S.A.W , kami lihat mayat ayah orang ini
bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para
sahabat pun pergi kerumah orang muda itu
dan baginda pun berdoa kepada Allah
S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar
kepada bentuk manusia semula. Lalu
Rasulullah S.A.W dan para sahabat
menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila
mayat itu hendak dikebumikan , maka
sekali lagi mayat itu berubah menjadi
seperti babi hutan yang hitam. Maka
Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada
pemuda itu , "Wahai orang muda , apakah
yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu
dia didunia dulu?"

Berkata orang muda itu , "Sebenarnya
ayahku ini tidak mahu mengerjakan
solat." Kemudian Rasulullah S.A.W
bersabda , "Wahai para sahabatku ,
lihatlah keadaan orang yang meninggalkan
sembahyang. Dihari kiamat nanti akan
dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti
babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang
lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu
mereka menyembahyanginya , tiba2 kain
kafan itu bergerak. Apabila mereka
membuka kain kafan itu , mereka melihat
ada seekor ular sedang membelit leher
mayat tersebut serta memakan daging dan
menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba
membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular
itu , maka berkata ular tersebut ,
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu
Rasulullah , mengapakah kamu semua
hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa
dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang
memerintahkan kepadaku supaya
menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya , "Apakah
kesalahan yang telah dilakukan oleh
mayat ini?" Berkata ular , "Dia telah
melakukan tiga kesalahan , di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan , dia
tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para
ulama. Maka inilah balasannya".
Baca lagi…

Sila la baca(bukan dr epal)

"10 AMALAN YANG TERBALIK"

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali
tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita
adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan
dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan
atau
terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang
dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga
simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh
dan
seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah
di
mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan
untuk
keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia
makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah
mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka
termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta
peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut
Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap
salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada
duit
nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.
Tetapi
kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.
Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi
sedekah.
Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah
panggil
untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.


3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik
kemas
dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid,
pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini
suatu
perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa
segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan
dan
malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa
yang
dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah,
sangat
malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah
seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.



6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang
berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta
perbelanjaan
setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa
adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan
di
bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri
sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat
kenduri
pun.


Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari
bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka
dibuat
kenduri.


Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.


8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam
periksa
. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi
kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan
tak
mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.
Kalau
guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali
hadir
tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir
belajar
pun menggeletar tangan.


Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika
anak
tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi
petang,
mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak
mematuhi
peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas,
tak
ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini,
rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau
tidak,
bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.


Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya,
bukan
berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini
membuatkan
rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada
menerima
hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup
kita
menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah
mengikut
selera kita.


Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan
hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."
(Riwayat Bukhari)
Baca lagi…

Semuanya dengan kehendak allah..Allahu akhbar

Setelah beredar foto jenazah Imam Samudra, Amrozi & Mukhlas Ali Ghufron, kemudian beredar video (www.youtube.com/watch?v=3cEEhxRKkC8) .burung-burung karomah yang terbang diatas rumah Almarhum, kini sudah kami dapatkan foto terbaru Lafadz ALLAH di atas langit Saat Pemakaman Amrozi dan Mukhlas Ali Gufron. Ini membuktikan bahwa berita-berita dari beberapa media islam bukanlah kabar bohong. Semoga kita bukan termasuk orang-orang yang tertutup mata hatinya untuk membaca tanda-tanda dari Allah.

Lalu persis di atas rumah ibunya Ustadz Amrozi itu juga ada awan. Hujan rintik-rintik meski langit terlihat terang. Kemudian muncul awan Membentuk lafadz Allah, saya melihat sekilas. Karena di depan rumahnya ada tenda, saya buka, posisi saya di depan pintu rumah. Masyarakat banyak yang menyaksikan. Hanya penampakan lafadz Allah ini tidak lama, cuma sebentar saja. Yang lama terlihat adalah burung-burung itu. Orang-orang mengatakan tidak ada burung seperti itu di sini. Warnanya memang hitam seperti gagak, tapi sayapnya panjang. Makanya orang-orang pada bingung. Saya kan tidak percaya takhayul. Saat itu saya melihatnya sebagai kekuasaan Allah.

Burung dan Awan di Pemakaman Amrozi

Foto ini diterima hari Ahad setelah ada seorang kerabat keluarga yang menghubungi dan memberitahukan kalau dia mempunyai foto kejadian tersebut kemudian mengirimkan ke redaksi Muslimdaily.net via e-mail

Foto ini diterima hari Ahad setelah ada seorang kerabat keluarga yang menghubungi kami dan memberitahukan kalau dia mempunyai foto kejadian tersebut kemudian mengirimkan ke redaksi Muslimdaily.net via e-mail

Baca lagi…

November 22, 2008

Orang kelantan

Sebelum epal memulakan tajuk orang kelantan ni,epal nak memohon maaf dulu sekiranya ada yang terasa hati..Epal bukan juga anti orang kelantan sebab epal memang ada hubungan dengan orang kelantan..Yang epal sedihkan sangat ialah,'banyak',bukan sedikit dari kalangan anak-anak muda kelantan yg leka..Bukan anak muda saja tapi pak nya pun sama jugak...
Epal bercakap berdasarkan mata kepala epal sendiri..Memang tak dinafikan,ramai orang kelantan yg jadi ustaz tapi kelantan sekarang bukan macam kelantan dulu...
Sekarang ramai budak2 kelantan yg dah tak tau langsung adab-adab timur...Sepatutnya dah nama orang kelantan(serambi mekah)kononnya,mesti lah tunjukkan tauladan yang baik...Cuba kita perhatikan,anak-anak muda kelantan,bila berhijrah contohnya ke kuala lumpur,mesti akan jadi kejutan budaya...Sampaikan tak ingat dunia..Ada yg langsung tinggal adab2 ketimuran..Daripada rambut hitam dah jadi bewarna warni...Dari yg solat,dah lupa waktu solat,dari yang puasa,dah tak tau niat puasa..Semua ni berlaku depan mata epal..Bukan seorang dua tapi semua...Ada dua orang ni yang epal kenal dan pernah duduk satu rumah,lelaki la...Hisap gam,main perempuan,tak solat,tak puasa,mulut jangan cakap la...Bukan nk kata mulut depa ni jahat sangat tapi kebanyakannya macam tu la..Kalau dah geng-geng dia berkumpul,perkataan ''menate'' tu takkan pernah tak ada...Kalau dah ramai-ramai mereka jadi makin ganas..Tunjuk berkuasa.. Epal kekadang rasa nak cili jer mulut depa tu...
Nak suh jaga perangai kalau duk tempat orang....
Epal menyampah betul kalau depa tu cakap besar,kononnya ramai orang takut dengan budak kelantan..Pastu berlagak senang...Padahal kerjanya tak seberapa pun,tapi lagak jer yg lebih...Ada satu mamat ni,dah la tak keje pastu duk sekali ngan family epal...Makan pakai ditanggung...Internet sampai ke pagi...Bukan la nak ungkit sangat tapi kalau dah duk umah epal ni,jangan la nak berlebih lebih cam umah sendiri...Yg epal geramkan,bulan posa dah la tak posa,pastu duk makan kat umah epal..Ada satu hari tu siap ajak kengkawan lagi makan sekali kat umah epal ni..Mana la epal tak bengang?... Kalau kata tak tegur,dah berbuih epal tegur..Epal kata''knapa tak solat,tak posa,...kan kita org islam..Tambahan lagi org kelantan,takkan tak tau nk buat kot''..Bila epal kata mcm tu,depa menjawab la macam-macam..Epal sebenarnya taknak tanggung dosa depa-depa ni...Dah duk satu rumah kan...
Dah tak tau nak tegur cam mana dah..
Biar la tuhan saja yg merubah hati mereka ni...
Untuk semua orang-orang kelantan yg terbaca artikal ni,epal minta maaf la kalau ada yg tersinggung yer...Epal dah tak tahan betul dah dengan mereka-mereka org kelantan yg ada disekeliling epal ni...
Baca lagi…

Diri epal

Epal baru lepas dengar lagu nasyid yg dinyanyikan banyak kumpulan...Tajuknya salamun salam..Best sangat lagu tur..Kusyukkk,masyukkk.....
Bukan la epal nak kata yg epal ni warak,tidak...cuma ada la sedikit keinsafan je...Kalau nak dibandingkan dari dulu sampai sekarang,epal makin sayangkan islam...Dulu epal pon liat nak solat,nak puasa dan macam2 lagi lah..Tapi semua itu berubah bila epal alami banyak mimpi yang menakutkan..
Antara mimpi yang tak dapat epal lupakan,masa dalam mimpi tu,ada sebatang jalan panjang yang tak ada penghujungnyer..pastu dikiri dan kanan jalan tu ada laut luas yang entah mana pantainya..
Masa tu ada la beberapa orang yang epal kenali dan tidak kenali..Kami semua berada ditengah-tengah jalan tu dan tiba-tiba jalan raya tu terbelah dua,dan epal hampir jatuh tapi sempat naik ke tepi jalan..Maknanya separuh daripada kami terpisah diantara jalan raya yang terbelah tu...Semakin lama jalan raya itu makin luas...Masa tu juga epal sempat menjerit...''mengucap semua!!mengucap!!Hari dah nak kiamat!!!Masa tu epal sendiri mengucap kalimah shahadah..Habis je kalimah tu epal tersedar yg epal sebenarnya bermimpi...
Tapi lepas tu epal tak insaf lagi..Buat banyak dosa lagi...
Mimpi kedua menyusul tak lama selepas itu..
Epal masa tu duk kat satu tasik..Knonnya kat tasik tu ada jambatan kecik,kira cam romantik la duk sesorang kat jambatan kecik tu,pastu tetiba tasik tu bertukar jadi laut...Entah bila masa epal terjatuh...Masa dalam mimpi tu epal takut sangat mati dalam laut sebab epal tak pandai berenang...Epal juga sempat mengucap dua kalimah shahadah dalam mimpi tu...Epal gagahkan juga diri epal untuk sampai ke tebing,tapi masa tengah epal cuba untuk berenang,epal sedar yg epal dah sampai ke tebing padahal epal belum memulakan 'renangan' epal lagik...Bila epal sedar,epal sedang berpeluh,basah,epal jadi takut..Bila epal nak tidur balik,macam terbayang-bayang jer mimpi tu...Tapi lepas mimpi tu,epal tak berubah lagi,sampai la mimpi ketiga...
Lps mimpi ketiga tu (malas nk taip) baru la hepal mula berubah...
Walaupun sedikit tapi setiap hari lebih baik dari hari semalamnya...
Epal mula berubah pada tahun 2006,bulan ogos....
Pada mulanya epal tak yakin yg epal boleh buat,tapi epal tau yg epal ada Dia...Dia mengizinkan epal untuk berubah..Dia sudi mengampunkan epal yang banyak berbuat dosa...Kalau dilihat dari luaran pun,dah sah sah masuk neraka..Macam tu la jahatnya epal dulu..Tapi sekarang,semua itu jadi tauladan buat epal..Bukan tak ada rasa nak buat dosa lagi,ada...Memang selalu..Tapi kat hati kuat rasa cinta pada-Nya...Epal cinta padaMu tuhan.. Baca lagi…

November 19, 2008

Geram

Baru tadi epal dapat tahu satu kejadian yang membuatkan epal rasa nak marah....
Kejadian tu berlaku pada bulan puasa tahun ni,bulan 9....Kiranya saudara epal la...Tapi sedara jauh jer belah nenek...Satu malam tu,penduduk kampung berterawih kat surau..Tapi ada la segelintirnya duk kat warung kopi,duk kat umah...Dan mcm2 alasan lagi la tak ke surau..
Kat umah sedara epal ni,ada la dalam 3,4 orang pergi ke surau..Tinggal lah sorang makcik ni,tak la tua sangat cuma dia ada penyakit skit....
Duk la makcik tu kat umah sambil rehat memandangkan dia pon bukan sihat sangat... Satu ketika tu ntah macamana datang la beberapa budak muda,masuk dalam umah tu...Makcik yang sedang baring tu terkejut la...Ingatkan bebudak tu nak buat apa kat dia....
Budak 2 ekor tu,dengan tak ada rasa kemanusiaan,mengelar tangan,telinga,lengan makcik tur... Apa lagi,memancut ler darah makcik tu...Mula-mula anak makcik tu ada menjenguk tapi pintu rumah tu dikunci dari dalam oleh penyangak tu...Anak makcik tu fikir,mungkin maknya sedang tidur...Tak lama selepas tu,anaknya menjenguk lagi maknya..Tapi pintu rumah agak sedikit terbuka..Bila anak makcik tu masuk,darah dah penuh kat lantai...Gelang tangan dan subang telinga makcik tu dah tak ada...
Bodoh betul penyangak tur..Kok yer nak amik pon,jangan la diseksa makcik tu sampai macam tu sekali....Masa anak dia sampai,makcik tu pon memang dah tak sedarkan diri..Pengsan jer...Tapi agak-agak lar kan...
Kejadian ni berlaku di Kg Bunut Susu,kelantan..... Baca lagi…

Assalamualaikum

Epal bersyukur sebab dapat hasilkan blog epal sendiri..Harap2 kalau ada salah dan silap epal nanti sudi-sudi lah menegur yer.. Baca lagi…